Siapa yang xkenal dengan watak cikgu suhada, seorang guru tadika yang penuh dengan sopan santun dan kuat agama dalam cerita epilog syurga cinta. watak yang dipegang oleh Heliza.
dan siapa pula ustaz amirul? ustaz amirul ada lah watak yang dipegang oleh ashraf muslim dalam cerita ustaz amirul sendiri. seorang lelaki yang warak dan cuba menembus dosa lalu kerana meninggalkan kekasih nya pada suatu masa dulu untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. dipersalahkan oleh keluarga kekasihnya kerana menjadi penyebab gadis itu membawa diri dan tidak pulang ke kampung halaman untuk jangka masa yang panjang.
cikgu suhada
ustaz amirul
Dua watak yang penuh dengan nasihat dan menjadi idaman setiap gadis dan teruna di malaysia, malahan di seluruh dunia. jika yang lelaki inginkan seorang perempuan seperti cikgu syuhada sebagai teman sepanjang hayat mereka, tidak kurang juga dengan si gadis, yang menginginkan seorang lelaki seperti ustaz amirul untuk menjadi teman mereka sepanjang hayat mereka.
jumlah wanita melebihi jumlah lelaki di dunia ini. sudah termaklum di serata tempat. maka kalau seorang lelaki itu tidak menepati seperti uztaz amirul, bagaimana? adakah sang gadis tidak akan berkahwin? dan jika sang gadis seperti cikgu suhada semua sudah dimiliki, bagaimana pula? sang teruna pula tidak berkahwin? sedangkan masih ada lagi lelaki- lelaki dan gadis-gadis diluar sana.
kita sentiasa inginkan sesuatu yang baik dari kita. kita inginkan kata-kata 'lelaki yang baik untuk perempuan yang baik' dan ' perempuan yang baik untuk lelaki yang baik'. tetapi adakah kita telah menilai diri kita sebaik nya. baik kah kita? atau kita sudah menjadi yang terbaik? atau sudah cukup baikkah kita untuk mendapat dia? atau dia baik, layak kah kita untuk mendapat dirinya? adakah kita sebaik dirinya atau sebaris dengan baik nya dia? pernah tidak perkara ini bermain difikiran kita selama kita terasa menginginkan seseorang itu?
bagi aku sendiri, kadangkala aku terleka, terasa bahawa diri ini baik n i deserves him! begitu angkuh dan tidak sedar nya diri kala itu. dan ternyata dia bukan untukku.
kini aku tersedar dari lena yang panjang, jika aku inginkan yang terbaik untuk diriku, maka aku harus jadi yang terbaik untuk dirinya. walaupun diusia begini, tetapi masih tidak terlalu lewat untukku mengorak langkah untuk berubah dan merubah diriku untuk menjadi yang terbaik untuk bakal suami ku, walau siapa pun dirinya.
sang gadis dan sang teruna di luar sana jika kamu inginkan yang terbaik untuk diri kamu, kamu harus menyiapkan dirimu untuk menjadi yang terbaik untuk bakal suami/isteri kamu. jangan mengharapkan kamu untuk mendapat yang terbaik sedangkan diri kamu tidak menjadi yang terbaik untuk diri nya.
renung diri kamu dan cari kekurangan dirimu supaya kamu dapat memperbaiki dan menjadi yang terbaik untuk bakal teman sehidup semati mu sepertimana kamu mahu untuk dia menjadi yang terbaik untuk dirimu sendiri.
Lengkapkan dirimu selengkapnya supaya kamu bersedia untuk mendapat yang terbaik untuk dirimu begitu juga dengan dirinya.