21 July 2011

Ilham

Ahh Ilham lagi..saat ini, tika ini, aku menginginkan ilham itu di sisi ku..tapi aku masih belum ketemu ilham itu lagi..mencari? tidak juga.. well klu da xcari tu , cmne ilham nak ada..pe la kamu ni fiz, xcari alih-alih nak ada je ilham tu..tapi dia yang aku mimpi tu bkn ilham aku ke?tah la..tapi bila keadaan xsihat ni, sangat-sangat nak ilham tu ada di sisi..memanjakan diri ini..menjaga, menyayangi diri ini lebih dari segala nya..

well, mungkin satu hari, satu masa, aku akan berjumpa dengan Ilham hati ku ini..Ilham hidup ku ini...sehingga aku mampu bermain dengan kata-kata, seperti mana zaman sekolah ku.. ahh zaman itu manis, banyak juga pahit nya, tapi aku hanya mahu ingati yang manis nya sahaja, kerana aku rindu manis itu..pahit itu pengajaran buat ku..pahit itu pengalaman diri ku..

demi sekeping hati dan sebuah kehidupan, aku serah kan pada-Mu untuk menentukan Ilham ku itu..biar la dia hadir tika ini..tika aku mula mengenak erti hidup, tika aku mula merangkak pergi dari alam bergelar pelajar, tika aku ingin melangkah kearah kerjaya... biar dia bimbing dan mengajar aku erti dan bagaimana mengharungi semua ini.. biar dia menjadi kekuatan diri ini..

Ilham, hadir lah kau dalam mimpi-mimpi ku...
Ulit la diri ku dengan bahagia mu walau dalam alam maya sekali pun..
Ilham, hadirkan la rasa yang selama ini aku terlupa, rasa sayang dan menyanyangi seseorang..
Ilham hadir lah dikau dalam alam nyata ku...
Aku terlalu leka mengimpikan seorang Ilham yang belum tentu wujudnya lagi.. tapi menyebut Ilham membuat aku tersenyum mengingati rasa dan mimpi itu.. terima kasih Ilham kerana hadir dalam mimpi ku untuk ku rasa rasa itu lagi.. tapi sejak itu jugak, kau tidak lagi hadir dalam mimpi-mimpi ku lagi..kemana kau menghilang? aku rindu rasa itu..sangat-sangat....

Hadirlah kembali wahai Ilham....

No comments:

Post a Comment