13 January 2011

The reality...

TIPU klu org ckp org ok...dan hari ini telah terbukti yang org still xley nak terima pe yg da berlaku antara kami...dem!! sy sgt teruk kan..huhu selama 2 minggu ni org tersenyum gembira..gelak ketawa..pergi kelas seperti biase...cuba fokus...tp ada kala nya terlepas gak fikiran ni dari sangkar kelas tu..melayang-layang mencari sebab..tapi bila tersedar sahaja, pantas aku mengucap..istifar..kembali kan diri aku pada tujuan asal ku datang ke sini..bersyukur kerana fikiran ini tidak melayang terlalu jau dan terlalu lama..

Ya Allah, Kau bantu la aku dalam mengharungi masalah ini...sesungguhnya aku xnak lalai dalam menjalankan tanggungjawab ku ini...

Ini yang sering aku ucap kan apabila aku kembali ke alam realitiku..aku perlu sedar..aku perlu bangkit dari perasaan ini...tetepi fikiran aku tidak seiring dengan hati ku...aku mahu melupakan apa yang tidak sepatutnya aku ingati..tetapi ia sering sahaja kembali ke ruang fikiran ku ini..aku tidak sanggup untuk menghadapi rasa ini..rasa sakit..rasa kecewa..

Wahai hati, kau dengar lah kata-kata sang akal fikiran supaya aku tidak bertindak mengikut kata hati ku..
Wahai hati, kau beri la aku peluang untuk kecapi kejayaan sekiranya aku tidak kecapi kebahagiaan yang aku inginkan..
Wahai hati, kau jangan la seksa tubuh badan ku dengan tidak melepaskan diri nya pergi...
Wahai hati, kau jangan la jerut kesihatan aku ini, dengan mengikut katamu diriku akan jatuh sakit..
Wahai hati, satu hari nanti kamu akan ketemu dengan sebahagian tulang rusuk yanag kamu diambil dari..
Wahai hati, kala itu kamu akan bergembira segembiranya kamu pernah ingati gembira itu..
Wahai hati, andai kamu bersabar,pasti kesabaran itu akan dibalas...
Wahai hati, andai kamu menangi, menangis lah kerana gembira..
Wahai hati, fahamkah kamu akan keinginan aku ini?
Wahai hati, aku paham akan kesengsaraan kamu..
Wahai hati, jika kau bersedih, seluruh anggota ku akan turut bersedih...
Wahai hati, sila la bergembira walau hanya untuk seketika..
Wahai hati, aku sayang padamu sesungguh nya..

Aku hanya pinta pada hati untuk menerima apa yang telah terjadi supaya anggota-anggota badan ku tidak jatuh sakit..aku masih belum berjaya untuk melakukan itu semua..maaf kalian..aku tidak bermaksud untuk menipu kamu semua..tetapi ini adalah untuk kebaikan kamu semua..aku tidak inginkan kamu semua risau akan diri ku ini..aku sayang kalian semua..tetapi apa kan daya ku, hati ini masih tidak melupakan dia, insan yang amat aku cintai..aku seperti terasa hati ku masih lg ada pada dia..tiada pada diriku sendiri..

Kamu putuskan hubungan kita, tetapi kamu tidak pulangkan hati ku pada ku..bagaimana harus ku cari org yang sepatutnya? perasaan indah bila hati ku bersama kamu..aku harap kamu menjaga hatiku sesungguh kamu..hatiku akan terus teman hati kamu sampai kamu tidak memerlukan nya lagi..

Hanya 1 ucapku pada mu...
Aku cinta padamu sesungguhnya hati ku....

No comments:

Post a Comment